LAHAD DATU: Luluh hati seorang abang apabila menemui jasad adiknya yang sudah tidak bernyawa di Sungai Tabanak di Kampung Tabanak, pada Sabtu.
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua dimulakan seawal jam 6 pagi.
"Mangsa lemas telah dijumpai oleh abangnya sendiri 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, susulan penemuan mayat mangsa tersebut, operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari.
Dalam kejadian Jumaat, dua kanak-kanak dilaporkan lemas namun seorang mangsa Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, sempat diselamatkan orang ramai.
Kedua-dua mangsa sebelum itu sedang melakukan aktiviti mandi di sungai tersebut bersama rakan mereka. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 03 2024
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Mohammad Juiqram ditemukan lemas di Sungai Tabanak, Kampung Tabanak, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024 bermula hari ini
Ikuti secara langsung di TV1, TV Al-Hijrah, web TV, media sosial Jakim mulai 9 pagi hingga 4.30 petang bagi hafazan, jam 9 malam tilawah.
Nikkei Forum: Merungkai masa hadapan Asia
Bagaimana perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) akan melihat kepada halu tuju kepimpinan negara Asia dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia?
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
Kupasan lanjut bersama Prof Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Khoo Ying Hooi.
AWANI Ringkas: PM akan hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anak MB Perlis tiba di mahkamah
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin tiba di mahkamah
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.